Pejam kan mata,
buka kan minda,
lihat apa yang terjadi
lihat apa yang sedang jadi
lihat apa yang akan jadi
kau suka apa yang kau lihat?
kau teruja dengan ia?
kau pasti itu yang kau mahu?
Buka mata
tutupkan minda
adakah ia terjadi
adakah ia sedang jadi
adakah ia akan jadi
kau kaku sahaja
kau tak pedulikah
ini yang kau mahu
dum dum dum
setiap saat
dum dum dum
setiap minit
dum dum dum
ia berhenti
lakon layar telah dinoktahkan
skrip skrip tidak bertulis lagi
pengarah mula ketandusan idea
penerbit mula resah
pelakon mula longlai
kenapa perlu teruskan
kenapa perlu diteruskan
kenapa, kenapa, kenapa
kerna kita adalah siapa
tanpa cereka DIA
No comments:
Post a Comment