Friday, November 11, 2011

Semuanya tersirat

Lihatlah
Dimana anda berada
Tak perlu gusar
Kerna kau tidak kesorangan

Jangan sia-siakan hari anda
Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja
Jangan akhiri dengan tanda tanya
Semuanya tersirat

Hidup ini singkat
maka belajarlah dari kesilapan
dan pertahankan dengan keputusan yang telah diambil
Hadapi hidup ini dengan jelas
sedialah memberi dan tidak bakhil

Jangan sia-siakan hari anda
Jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja
Jangan akhiri dengan tanda tanya
Semuanya tersirat

Kau telah ada matlamat
Kau akan selesa sekarang
Dengan apa keputusan yang kau buat
Kau pasti berjaya

Kerana ini...

Pada seketika aku merasa terlena
Dibuai mimpi yang asyiknya
Dengan tiba-tiba
Aku terjaga
Aku merasakan seram sejuk
Lalu dia membisikkan sesuatu kepada ku
(kerana...)

Kerana ini
aku telah hadir pada malam ini
Terjagalah
Lihat pada mataku ini dan genggam tanganku
Serahkan dirimu pada ku

Terlah lama ku nantikan
Untuk tiba saat ini
Bagi melenyapkan segala ketakutan diri ini

Di sebalik kabus ini
Terasa sengatan mu itu
maka tercalit kemerahan di bibirmu

Siapakah gerangan mu itu
Dimanakah ku pernah melihatmu
Tak perlu kau gusar

Kerana ini
Aku telah menjelma di sisi mu
Sedarlah
perhatikan diri ini dan hulurkan tangan
Tunduk pada ku

Bawaku pergi sejauh mungkin
Pejamkan mata
Tarik nafas sedalam mungkin
hingga ke hujung dunia

Demi kau
aku hadir pada malam ini
Terjagalah
Dan lihat pada mata ku ini
Kerna kau
terbang lah bersama ku
Dan bangkitlah
Perbaharui hidup mu
Kerna kau milik aku
Serahkan segalanya pada ku


Tuesday, November 1, 2011

Di dasar permukaan


Pernahkah ada masa sesuai
Kau telah membuat aku mempercayai
Satu hari kau akan ada di sisi ini
Pabila bintang berselari
Pabila kau tidak menyendiri
Sentiasa ku mencari petunjuk
Lalu ku menunggu di bayang hati ini
Tapi masa tetap tidak menyebelahi

Sekumit imbasan apa yang mungkin terjadi
Namun ini terlampau apuh untuk menjadi realiti
Terlalu sedih kerna tidak mengerti
Kau sedang mencari kata-kata
Untuk saat yang sesuai
Namun saat itu tidak pernah hadir
Tidak sanggup kau melihat kerentakkan hati ini

Aku sanggup menjerit hanya untuk didengari
Umpama menjerit pada bintang-bintang
Sanggup terluka hanya untuk merasa
Masih kau tak mampu berkata
Meraba-raba ku dalam kegelapan
sentiasa ada yang tersembunyi

Hingga satu hari berhenti
Terlupa apa yang aku dambakan sangat
Dan lenyap didalam kegelapan
Lalu menjadi penderitaan
Yang tidak pernah pergi
Hingga apa yang tinggal
Terkubur di dasar permukaan
Di dasar permukaan