Friday, November 11, 2011

Kerana ini...

Pada seketika aku merasa terlena
Dibuai mimpi yang asyiknya
Dengan tiba-tiba
Aku terjaga
Aku merasakan seram sejuk
Lalu dia membisikkan sesuatu kepada ku
(kerana...)

Kerana ini
aku telah hadir pada malam ini
Terjagalah
Lihat pada mataku ini dan genggam tanganku
Serahkan dirimu pada ku

Terlah lama ku nantikan
Untuk tiba saat ini
Bagi melenyapkan segala ketakutan diri ini

Di sebalik kabus ini
Terasa sengatan mu itu
maka tercalit kemerahan di bibirmu

Siapakah gerangan mu itu
Dimanakah ku pernah melihatmu
Tak perlu kau gusar

Kerana ini
Aku telah menjelma di sisi mu
Sedarlah
perhatikan diri ini dan hulurkan tangan
Tunduk pada ku

Bawaku pergi sejauh mungkin
Pejamkan mata
Tarik nafas sedalam mungkin
hingga ke hujung dunia

Demi kau
aku hadir pada malam ini
Terjagalah
Dan lihat pada mata ku ini
Kerna kau
terbang lah bersama ku
Dan bangkitlah
Perbaharui hidup mu
Kerna kau milik aku
Serahkan segalanya pada ku


No comments: