Tuesday, July 26, 2011

Kisah aku dengan LRT


Hari ini aku naik lrt,
Kali akhir aku naik masa part 4 diploma,
tahun 2007,
masih sama lagi,
tak ada apa pun yang lain,
stesen sama,
harga sama,
orang je berbeza,

Abang kaunter ni mesti tengah belajar masa kali akhir aku naik,
lalu aku pun melangkah ke gerabak kuning, putih biru ini,
aku lihat sekeliling kawasan yang biasa aku lihat ketika aku tuisyen martin,
rumah rumah setinggan yang dulu penuh ruang ini,
sekarang yang tinggal batu bata serta sisa pakaian

Aku melangkah keluar lalu menuju ke tren ke sana,
Aku dengar dia kata,
Aku dengar dia maki,
Aku dengar dia kesat,
Aku mula pekak,
Aku dengar dia gelak,
Aku dengar dia caci,
Aku dengar dia batuk,
Aku rasa dia gila

Turun aku di situ,
Mencari apa yang di cari,
Pulang aku ke ofis,
Ku duduk mengadap gadis arab,
Sungguh gebu dan montok ku lihat,
Teringat ku kepada si dia,
Ku lihat lagi sekeliling,
Ku terpandang amoi di luar sana,
Melangkah dia ke mari,
Ku ekori dia,
Cantik mata nya,
Lentik seperti nya,
Ku pasti dia sudah berpunya,

Ah, aku sudah lewat,
Aku mahu pulang,
Aku lihat dia turun di maluri,
Aku jatuh cinta pandang pertama,
Aku tau ini dusta,
Aku melihat cermin itu,
Aku nampak ofis ku,
Aku turun di sini,
Aku pulang mencari rezeki

Ini lah kisah ku di hari ini bersama lrt

No comments: